![]() |
| GAGAL... Deivid tidak berjaya menjaringkan gol walaupun tidak dihalang mana-mana pemain lawan. |
Selepas, Diego Forlan, Fernando Torres dan ramai lagi penyerang terkemuka melepaskan peluang di depan gol terbuka, kini gilirang penyerang Flamengo, Deivid menyertai mereka. Bermula dengan gerakan bekas pemenang Ballon d'Or, Ronaldinho, Deivid berlari ke depan gol lawan ketika penjaga gol Vasco Da Gama telahpun tertewas dan menunggu hantaran lintang rakan sepasukan.
Deivid yang hanya kurang dua meter di depan gol gagal menyepak masuk bola itu sebelum terkena tiang dan kemudian bola dikeluarkan pertahanan lawan. Satu peluang yang paling berharga dilepaskan. Mungkin 'Kucing Anfield' pun mampu menyepak masuk bola itu.

Social Plugin