APA KES JORDAN HENDERSON DAN JAMIE CARRAGHER?

HENDERSON... terpengaruh dengan lagak gaya Farley meniru gaya pemain The Reds.
Benarkah Jamie Carragher dan Jordan Henderson bergaduh di padang latihan semalam? Apakah yang dilakukan Henderson sampai membangkitkan kemarahan lagenda The Reds itu? Jawapannya mudah. Tiada sebarang pergaduhan antara kerana ada satu video menarik yang dilakukan Henderson berhubung Carra.

Henderson yang menghadiri satu perlawanan membabitkan pasukan River Park FC bersama Darren Farley. Kenalkah anda pada Farley ini? Untuk pengetahuan anda, Farley merupakan seorang pakar dalam melakonkan semula mimik muka atau gerak tubuh pemain Liverpool. Kalau anda tidak percaya, lihat apa yang dilakukannya bagi meniru gaya Carra, Henderson juga berminat nampaknya...