GANTUNG 8 PERLAWANAN CUKUP BUAT GUERRERO

KERAS... terjahan berbahaya dari belakang Guerrero boleh mendatangkan kecederaan serius.
Angkara terjahan keras penyerang Hamburg, Jose Paolo Guerrero terhadap penjaga gol Vfb Stuttgart, Sven Ulreich, kelab itu terpaksa merupakan penyerang kelahiran Peru itu selama hampir dua bulan. Ini kerana Guerrero digantung lapan perlawanan oleh jawatankuasa bola sepak Jerman. Ia hampir sama seperti hukuman yang diterima Luis Suarez kerana laungan perkauman terhadap Patrice Evra. Jom saksikan bagaimana terjahan Guerrero terhadap Ulreich.'