JOM SAKSIKAN REAKSI MARADONNA SEBAGAI PENGURUS

MARADONNA... dilaporkan menerima bayaran lumayan untuk membimbing Al-Wasl.
Seperti kita semua sedia maklum, lagenda bola sepak Argentina, Diego Armando Maradonna telahpun dilantik sebagai pengurus kelab di Liga Pro UAE bersama Al-Wasl. Namun, Maradonna telahpun mencuit hati penyokong bola sepak di UAE dengan gayanya.

Sebelum perlawanan, Al-Wasl mencatatkan dua kekalahan berturut-turut dalam liga dan dalam perlawanan menentang Emirates, Maradonna ada gaya sendiri di tepi padang. Tidak seperti pengurus lain yang menjerit marah apabila pemain mereka gagal menyempurnakan peluang, lihat saja apa aksi Maradonna selepas penyerangnya gagal di depan pintu gol.