KALAU DAH KIPAS SUSAH MATI, THE REDS

YOU'LL NEVER WALK ALONE... inilah gambar kenangan perkahwinan Encik Han dan pasangannya.
Adakah anda benar-benar sepenuh hati menyokong pasukan LPI kesayangan anda? Cukupkah dengan hanya menonton perlawanan dan memakai jersi pasukan? Atau dengan mempamerkan pelekat pasukan di kereta tanda anda peminat setia pasukan kesayangan anda? Seorang penyokong bola sepak di Singapura ada jawapannya.

Majlis perkahwinan seorang peminat setia Liverpool di Singapura, Encik Han yang dipertemukan jodoh dengan pasangannya di Kelab Penyokong Rasmi Liverpool Singapura telah memilih mengadakan persandingan berlatarkan tema Liverpool. Satu persandingan yang menakjubkan kerana pemain Liverpool sendiri rasanya tidak mengadakan majlis persandingan seperti ini. Adakah idea ini sesuai untuk anda juga?