MUNCUL LAGI SEORANG PRIMADONA DALAM PADANG

TINJAU APA TU BANG... Braian Aleman sempat melihat kedudukan pengadil selepas 'dikasari' lawan.
Apa komen anda melihat pemain pasukan lawan berlakon walaupun tidak dikasari pemain pasukan kesayangan anda? Pastinya menjijikan bukan. Jika sebelum ini, pemain tengah Barcelona, Sergio Busquets dan penyerang Chelsea, Didier Drogba dirakam berpura-pura cedera bagi mendapatkan sepakan percuma, kini muncul seorang lagi primadona baru dari Amerika Selatan.

Ianya seperti acapkali berlaku dalam Liga Juara Juara Eropah tetapi mungkin kurang kedengaran di Copa Libertadores. Kali ini, pemain tengah Defensor Sporting dari Uruguay, Braian Aleman melakukannya walaupun kelihatan jelas hanya lakonan semata-mata. Penjaga garisan dan pengadil turut tertipu akan lagaknya. Jom tonton aksi Aleman yang masih boleh mengintai pengadil perlawanan.