PUNCA KEGAGALAN ARSENAL DI LIGA JUARA JUARA

TITIK KEGAGALAN... van Persie gagal menewaskan Abbiati yang telahpun terjatuh kerana percubaan Gervinho.
Kebangkitan menakjubkan anah buah Arsene Wenger di Stadium Emirates wajar diberi pujian. Separuh masa pertama yang sangat fantastik seakan petanda kemaraan The Gunners namun kegagalan menghasilkan sebarang gol di separuh masa kedua menjadi penghalang kebangkitan dalam sejarah kejohanan ini. Hampir saja membuatkan muka Zlatan Ibrahimovic dan Massimo Allegri merah padam. Namun, ini titik punca mengapa Arsenal gagal bangkit sama seperti di separuh masa pertama.


Lihat pula bagaimana reaksi bekas pemain Arsenal, Charlie Nicholas yang bertugas sebagai ahli panel di Sky Sports. Beliau melonjak kegembiraan setiap kali Arsenal menjaringkan gol. Namun, kegagalan Van Persie membuatkannya terduduk kembali. Tahniah Arsenal kerana tidak mudah mengalah!