![]() |
BERJAYA.. Ruben Negredo menepis keluar sepakan penalti Burgos. |
Luar biasa! Itulah ungkapan buat abang kepada penyerang Sevilla, Alvaro Negredo, Ruben yang beraksi di divisyen ketiga Sepanyol bersama . Ruben turut beraksi sebagai penyerang berjaya meledak gol buat Gimnastica Torrelavega bagi menyamakan kedudukan, satu sama selepas penyerang Burgos, Iray Barreto menjaringkan gol sulung perlawanan.
Pada minit ke-76, Gimnastica tersentak apabila penjaga gol mereka, Ivan Crespo dibuang padang selepas melakukan kekasaran terhadap penyerang lawan. Burgos dihadiahkan penalti tatkla Gimnastica telahpun melakukan tiga pertukaran. Oleh kerana pasukannya mempunyai dua penyerang, Ruben menawarkan diri untuk menjadi penjaga gol.
Menakjubkan dan bernasib baik, Ruben berjaya menahan sepakan penalti Burgos dan kemudiannya dia dikerumuni rakan sepasukan dan mengucapkan tahniah. Ruben mengakui dia sendiri tidak pernah sesekali beraksi sebagai penjaga gol. Mungkin Messi juga boleh lakukan begini. Bagaimana pula Cristiano Ronaldo?
Social Plugin