VAN BOMMEL HAMPIR MENERIMA BENCANA PADANG LATIHAN

AC MILAN... cemerlang di Milan dan juga berjaya mengelak jatuhnya papan iklan.
Pemain tengah Ac Milan, Mark van Bommel hampir sahaja menerima 'terjahan' keras di padang latihan. Bukan dari rakan sepasukan sebaliknya dari papan iklan yang diletakkan di belakangnya. Insiden berlaku apabila stesen televisyen Sky Sports mengadakan temubual dengan pemain antarabangsa Belanda ini.

Cuaca baik dengan matahari bersinar cerah namun bukan buat van Bommel. Papan iklan yang diletakkan dibelakangnya rebah kerana ditiup angin dan van Bommel menggunakan kepakarannnya apabila berjaya mengelak dari terkena bahana papa iklan itu. Tindakan pantas van Bommel!