TUMBANG... Neymar rebah selepas dilontar dengan objek keras oleh penyokong Bolivar. Foto: Eurosport. |
Begitu besar nampaknya pengaruh penyokong bola sepak di Amerika Selatan. Dalam aksi Copa Libertadores membabitkan pasukan Bolivar dan Santos, penyokong Bolivar memainkan peranan penting dalam melakukan provokasi terhadap penyerang berbisa Santos, Neymar.
Hasilnya, Bolivar berjaya menewaskan Santos 2-1 dalam perlawanan pertama pusingan 16 terakhir. Yang teruknya, Neymar. Penyerang sensasi Brazil ini dibaling dengan objek oleh penyokong Bolivar sehinggakan polis terpaksa mengawasinya. Ianya nyata berjaya apabila Neymar gagal menjaringkan gol selepas insiden itu.
Social Plugin