INSIDEN NGERI PATAH SIKU CARLOS RODRIGUEZ

PATAH... siku Rodriguez beralih selepas disepak pemain Real Salt Lake. Foto:  MLSscoccer.
Setiap pemain pastinya mahu bermain 90 minit perlawanan tanpa mengalami kecederaan. Untuk itu, mereka perlu berhati-hati dengan setiap terjahan yang dilakukan pihak lawan. Patah kaki bagi pemain adalah sesuatu yang seringkali berlaku tetapi patah siku selalunya membabitkan penjaga gol.

Namun, berbeza di Major League Soccer (MLS) di Amerika, pertahanan Dallas FC, Carlos Rodriguez mengalami patah siku yang mengerikan. Bukan kerana asakan pertama tetapi setelah jatuh dimana pemain lawan cuba menyepak bola tetapi terkena sikunya. Ayuh saksikan bagaimana insiden ini berlaku.