BUKAN SEMUA SEPERTI MEREKA, ROBBEN!

MANGSA... kelibat Robben di Allianz Arena nyata membangkitkan kemarahan penyokong Bayern tetapi tidak bersama The Orange. Foto: Sportlive.
Bintang Bayern Munich, Arjen Robben akhirnya dapat melupakan mimpi ngerinya apabila diejek oleh penyokong kelab sendiri ketika dia beraksi buat pasukan kebangsaan Belanda dalam aksi persahabatan menentang majikannya. Hal ini berlaku selepas kegagalan Robben menyempurnakan sepakan penalti pada masa tambahan pertama perlawanan akhir Liga Juara Juara lalu.

Namun, semalam, semangat Robben kembali apabila penyokong Belanda memberikan tepukan gemuruh kepadanya yang masuk menggantikan penyerang, Klaas Jan Huntelaar. Ingat Robben, kelab sementara dan pasukan kebangsaan adalah pasukan yang kekal buat seseorang pemain itu!