| LAGENDA... sumbangan Daglish sebagai pemain dan pengurus amat bermakna buat peminat tegar The Reds. Foto: Foxsport. |
Trofi kecil Inggeris itu nyata tidak memberi sebarang makna buat penyokong The Reds apabila mereka gagal meraih kejuaraan berganda selepas tewas kepada Chelsea di perlawanan akhir Piala FA. Mengakhiri liga di tangga kelapan selepas berbelanja sakan musim panas lalu nyata mencetuskan spekulasi masa depannya. Hari ini, terjawab sudah segalanya dan kami doakan kejayaan King Kenny di masa akan datang.
Berikut merupakan video sepanjang dua belas bulan terakhir Daglish bersama pasukan kesayangannya, Liverpool Football Club.
1) Sambutan kemenangan bersama pemilik, kejuaraan Piala Carling.
2) Temuramah selepas insiden Suarez yang enggan bersalam dengan Evra.
3) Kenny Daglish: "Isteri (Suarez) memanggilnya (negro) dan saya tidak rasa ia menyinggungnya."
4) Steven Gerrard menghalau Daglish keluar padang selepas insiden kad merah Pepe Reina menentang Newcastle.
Social Plugin