SNAPSHOT: HOPE SOLO

Masih ingatkah anda pada penjaga gol pasukan kebangsaan wanita Amerika Syarikat ini? Hope Solo, bintang Amerika di Piala Dunia namun gagal membantu negara menang piala dunia selepas tewas penalti 1-3 kepada Jepun. Solo berjaya menang anugerah Bola Gangsa dan Sarung Tangan Emas di Piala Dunia. 

Kali ini, Solo sekali lagi berjaya. Dia berjaya menewaskan isteri bintang bola sepak La Galaxy, David Beckham, Victoria bagi menjadi penghias majalah Vogue. Semakin digilainya nampaknya Solo ini!

TRIO AMERIKA... Solo bersama bintang renang, Ryan Lochte dan pemain tenis wanita, Serena Williams. Foto: Kickette