SUPER MARIO JUGA MAHU JADI PRIMADONA?

KACAK KE?... masih ingatkah anda pada empunya gaya rambut sebegini? Foto: DailyMail.
"Kenapa selalu saya?" Ingatkah lagi anda pada ayat itu dan siapa yang mengungkapkannya? 'Budak jahat' Manchester City, Mario Balotelli kini lihat telah beralih ke bahagian pengiklanan. Selaku duta produk sukan, Nike, Mario bersama pemain tengah PSG, Javier Pastore menjayakan iklan khas Nike menjelang Kejohanan Eropah yang tinggal kurang sebulan lagi. 

Memilih Kedai Gunting Nike sebagai lokasi, Mario menggayakan rambut tiga lagenda bola sepak, Chris Waddle, Carlos Valderrama dan penyerang sensasi Brazil, Ronaldo. Akhirnya, potongan Mohawk ala Mohamadou Sakho menjadi pilihannya. Anda bagaimana?