BUDAK NAKAL ITALI DIJENTIK TELINGA

MANGSA... Super Mario dijentik oleh rakan sepasukan semasa latihan. Foto: Rushtravel.
Apa lagi yang perlu Roy Keane perkatakan?

Jika sebelum ini, beliau yang menjadi pengulas perlawanan Piala FA antara Chelsea dan Birmingham melabel beberapa pemain The Pensioners sebagai kebudak-budakan dan mengaibkan, kini berliau terpaksa berfikir dua kali untuk bersuara selepas ianya berlaku lagi. Telatah menjentik telinga yang membabitkan John Terry dan Frank Lampard diulangi, kali ini di  kem Itali.

Kali ini, mangsanya adalah 'kenapa selalu saya?', Mario Balotelli. Ayuh saksikan insiden yang sempat dirakam lensa menjelang pertemuan separuh akhir antara Itali dan Jerman.