| KEJUTAN... kejutan khas dibawakan penaja buat skuad kebangsaan mereka. Foto: rushtravel. |
Bahang Kejohanan Eropah 2012 (Euro 2012) semakin dirasai. Dengan kurang dari seminggu dari sepak mula, ramai peminat bola sepak dunia mula mengumpul pelbagai koleksi. Tidak ketinggalan menjawab soalan untuk mendapatkan tiket ke Ukraine dan Poland.
Ketika ini, kebanyakan pasukan sudah mula tiba di Poland dan Ukraine. Pastinya trofi berprestij Eropah itu menjadi idaman setiap negara yang bertanding. Disini, Putbolanews ingin membawakan anda ke Denmark dimana anda akan saksikan bagaimana skuad kebangsaan mereka diraikan sebelum bertolak ke Euro 2012.
Penaja sambutan, Danske Bank mempunyai idea menarik bagaimana untuk mereka mempromosikan bank mereka sekaligus meraikan skuad kebangsaan mereka dengan kejutan. Pemain dan pengawai pasukan sendiri tertanya-tanya akan kejutan ini. Ayuh sama-sama kita saksikan!
Social Plugin