LAGU SULUNG PODOLSKI SEBELUM KE EMIRATES

TUNJUK BAKAT... Podolski mengejutkan peminatnya menerusi gandingan Hellulujah. Foto: Dailymail.
Pembelian baru Arsenal, Lukas Podolski melakukan kejutan apabila dilihat tampil dalam lagu single bersama kumpulan muzik berpangkalan di Cologne (kelab lamanya, FC Koln), Brings menerusi lagu yang sedikit 'mengerikan', Helleluja.

Positifnya, disinilah penyokong Gunners dapat menyaksikan Podolski yang berbeza berbanding di padang. Mengenakan t-shirt putih, jeans dan tali leher, Podolski dilihat tidak menghiraukan gayanya. Mungkin mahu mengikut tema yang dibawakwan Brings.