PENGURUS VILLAREAL BERTUGAS HANYA SEHARI

KEHILANGAN... kelibat Preciado disenangi pemain dan pengurus lawan. Foto: Spox.

Ajal maut ditangan Tuhan. Lumrah kehidupan manusia. Itulah yang berlaku kepada pengurus baru pasukan Villarreal, Manuel Preciado. Beliau dilaporkan meninggal dunia pada usia 54 tahun.

Yang peliknya, beliau baharu sehari sahaja menyertai Yellow Submarine. Namun, beliau kemudiannya dijumpai mati di hotel Komuniti Valencian kerana sakit jantung. Satu kehilangan besar bola sepak Sepanyol.