SATU DALAM SEJUTA: PORTUGAL LAKUKANNYA!

PELIK... komputer tablet digunakan selaras dengan kemajuan teknologi masa kini. Foto: deadspin.
Mungkin prestasi semasa jagoan Eropah, Portugal dalam aksi pemanas badan Euro 2012 tidak memberangsangkan. Namun, ianya tidak menghalang mereka dari menjadi yang pertama dalam berjuta.

Menghasilkan kolaj yang bersinar adalah sesuatu yang agak mustahil, tetapi tidak bagi mereka. Menurut laporan, syarikat Indigo Partners menyediakan bendera Portugal menerusi komputer tablet yang dipercayai iPad. 

Cahaya bersinar-sinar dapat dilihat menerusi skrin yang dipaparkan ratusan penyokong Portugal selaras dengan nyayian lagu kebangsaan mereka. Mungkinkah idea ini bakal berkembang ke seluruh dunia?