SAUDARA BARU: SELAMAT DATANG PHILIPPE SENDEROS

TUKAR... Senderos bersama ulama' di Manchester. Foto: Kickette.
Putbolanews mengucapkan selamat datang ke dunia Islam kepada saudara baru kita, bintang Fulham, Philippe Senderos yang dilaporkan baru memeluk Islam. Senderos pernah bermain bersama Servette, Arsenal, Ac Milan dan Everton menukar agama dari Kristian ke Islam.

Beliau yang ditemubual Majalah Arsenal memberitahu dirinya merupakan seorang yang minat membaca buku pelbagai agama. Kini, beliau merasakan dirinya bersedia memeluk agama Islam dan menyedari kebenaran yang dibawa Islam. 

p/s: Mungkin beliau akan menyertai Frank Ribery, Frederic Kanoute dan beberapa lagi mengerjakan umarah.