"Mastour dilihat mempunyai kualiti tersendiri tetapi jangan letakkan tekanan keatasnya. Dia hanya berusia 14 tahun. Dia untuk masa depan kerana dia masih kanak-kanak." Ulasan Naib Presiden AC Milan. Adriano Galliani.
Itulah komen yang diberikan Galliani selepas Milan berjaya dalam perebutan mendapatkan bintang muda Mesir, Hachim mastour yang digelar "Messi Mesir" dengan rekod perpindahan 500 000 Euro.
Untuk rekod, Mastour sebelum ini menjadi buruan seteru Milan, Inter, Real Madrid, Barcelona dan Manchester City. Kehebatan menggelecek dengan kemahiran kawalan bola yang tinggi, Mastour yang beraksi sebagai pemain tengah / penyerang kedua ini mencuri tumpuan apabila beraksi dalam kejohanan Memorial Lelasi yang menyaksikannya menjaringkan lima gol termasuk satu di perlawanan akhir menentang AS Roma.
Anda boleh saksikan bagaimana aksi Mastour mempamerkan bakatnya menggunakan oren dan bola ping-pong. Adakah dia mampu menandingi Messi pada masa depan?

Social Plugin