SEPERTI ROCKSTAR: DROGBA AKHIRNYA TIBA DI CHINA

DROGBA... teruskan legasinya di Asia dan kekal 'The Blues'. Foto: sportskeeda.
Apa lagi yang mahu dikejarkan oleh bekas penyerang Chelsea, Didier Drogba selepas berjaya menggondol hampir semua trofi yang dipertandingkan di Eropah bersama The Blues. Kini, Drogba yang dilepaskan kelab memilih untuk bersama kelab bermasalah China, Shanghai Shenhua.

Drogba memberitahu, wang bukanlah punca utama dia ke China sebalinya niat untuk membantu pembangunan bola sepak Asia menjadi motif utama. Namun, jangan terperanjat jika melihat gajinya jauh lebih tinggi berbanding di Chelsea. Gaji Drogba dianggar bernilai sekitar £270 000 seminggu, 120 000 lebih tinggi dari apa yang diterima di Stamford Bridge. Semoga berjaya Didi di China!