ALA PANENKA... Maicosuel gagal memperdayakan penjaga gol Braga. Foto: Zimbio. |
Adalah menjadi kesesuatu kepuasan bagi kita apabila menyaksikan kejayaan Andrea Pirlo dan Sergio Ramos menyempurnakan sepakan penalti ala 'Panenka' di Kejohanan Eropah 2012 (Euro 2012).
Cantik apabila berjaya disempurnakan namun nampak 'bodoh' apabila gagal memperdaya penjaga gol lawan. itulah yang terjadi kepada pemain sayap baru Udinese, Maicosuel apabila kegagalannya menyempurnakan penalti 'Panenka' terpaksa dibayar dengan harga yang mahal, GAGAL LAYAK KE PERINGKAT KUMPULAN LIGA JUARA JUARA EROPAH 2012-13.
Mengikut rekod, Maicoseul sebenarnya bukanlah pengambil sepakan penalti yang baik selepas dia turut gagal menjaringkan gol menerusi sepakan tricky untuk Botafogo pada April 2009 dalam Copa do Brasil.
Video pertama memaparkan kegagalan penalti ala Panenka menentang Braga dan kedua, dalam Copa do Brasil.
Social Plugin