LAKUKAN SEPERTI DE GEA, VALDES!

TEWAS... tindakan Valdes cetuskan kebimbangan penyokong Barca. Foto: Goal.com
Minggu lalu, peminat bola sepak Sepanyol dihidangkan dengan aksi klasik, el-clasico, pertembungan gergasi antara Real Madrid dan Barcelona di Nou Camp. Seperti diramal, pertembungan kedua-dua pasukan ini hebat dengan pelbagai aksi menarik ditunjukkan, baik dalam aksi berpasukan mahupun skill individu.

Paling menarik perhatian, penjaga gol Barcelona, Victor Valdes yang memberikan Real Madrid lifeline selepas kesilapannya yang cuba menggelecek pemain sayap Real, Angel Di Maria. Natijahnya, anak buah Mourinho mendapat bekalan gol tempat lawan terbaik untuk dibawa ke Madrid.


Lain pula cerita di Old Trafford malam semalam. David De Gea membuktikan mengapa beliau kini berada satu tangga di atas Valdes selepas 'mengajar' penjaga gol antarabangsa Sepanyol itu cara menggelecek pemain lawan. Ayuh sama-sama kita saksikan pengajaran berguna buat Valdes!

TUNJUK BAKAT... De Gea  menunjukkan skillnya ketika berhadapan Mladen Petric ketika aksi liga malam semalam. Foto: Eurosoccerweb.