FERDINAND & PARK ENGGAN BERSALAM DENGAN TERRY & COLE

Seperti yang telah dijangka, pertahanan QPR, Anton Ferdinand enggan bersalam dengan skipper Chelsea, John Terry dan Ashley Cole. Ini berikutan isu perkauman yang  tercetus antara kedua-dua pemain ketika perlawanan antara Chelsea dan QPR di Loftus Road musim lalu. 

Persengketaan antara Ferdinand dan Cole pula terjadi selepas Ferdinand dan abangnya, Rio menuduh Cole mengkhianati kaum kulit hitam kerana membela Terry di mahkamah sehingga kapten Chelsea itu terlepas dari sebarang pertuduhan. Rio menerusi akaun Twitternya melabel Cole sebagai 'choc-ice' sehingga menyebabkannya didenda oleh FA Inggeris.
Dalam insiden sebelum perlawanan malam tadi, Ferdinand tidak bersalam dengan Terry (yang telah menghulur tangan) dan juga Cole. Skipper QPR, Park Ji Sung turut menolak untuk bersalam dengan Terry ketika bersama untuk menentukan sepak mula. Panas... panas... panas...





Foto: Daily Mail