SILAP... mungkin kitman United perlu ke kelas Bahasa Inggeris. |
Baru-baru ini, penyokong Manchester United dikejutkan dengan kesilapan ejaan nama bintang mereka, Anderson yang dieja dengan 'Andesron'. Kali ini, ianya berulang lagi. Bukan cetakan pada jersi pemain tetapi pada desktop wallpaper yang disediakan di ManUtd.com untuk dimuat-turun.
Mungkin giliran bahagian grafik kelab mengalami kesukaran untuk mengeja dengan betul nama kelab. Kesilapan ini kemudiannya diperbetulkan selepas ianya dipaparkan di laman web rasmi kelab dan digantikan dengan poster yang diperbetulkan. Nikmatilah poster baru kelab anda bersama Robin van Persie dan Shinji Kagawa!
Klik gambar untuk paparan lebih jelas.
Sumber: 101greatgoals.
Social Plugin