HANTU?... imej (dalam bulatan) mencetuskan kegemparan penyokong bola sepak di Portugal. Foto: Mondodeportivo. |
(Klik Gambar untuk paparan lebih jelas)
Hantu tonton aksi bola sepak? Itulah hakikatnya yang berlaku di Portugal dalam perlawanan yang membabitkan FC Porto dan PSG awal bulan ini. Penyerang Porto, James Rodriguez dilihat meraikan jaringan kemenangan pasukannya ke atas PSG dan menuju ke arah penonton. Namun, foto yang tidak dikehendaki berjaya dirakamkan.
Lensa jurufoto AP merakam aksi Rodriguez meluru ke arah penonton namun terdapat bayang-bayang lelaki yang seakan dari era lain, menerusi potongan rambut dan pakaian dari era awal 1900.
Menurut pakar, gambar itu benar kerana ia dirakamkan oleh kamera profesional dan gambar itu sangat jelas untuk di kaburkan mahupun dari aspek pencahayaan. Dengan spekulasi James Rodriguez ke Old Trafford, adakah 'hantu' ini juga bakal menyusul ke Manchester?
Social Plugin