PEMAIN MUSLIM NEWCASTLE BAKAL BOIKOT JERSI BARU KELAB

WONGA... penajaannya menambahkan lagi 'pening' Alan Pardew. 
Satu demi satu masalah nampaknya melanda Magpies. Jika dahulu, dek mahu menampung kekurangan dana dari aspek penajaan, pengerusi, Mike Ashley, terpaksa menjual nama stadium St. James Park kepada Sports Direct Arena. Namun, kini ianya berjaya diatasi apabila kelab berjaya mendapatkan penjaan pada skala yang lebih besar, dari syarikat ala 'along', Wonga.


Sebelum ini, Newcastle dipuji kerana menyediakan ruang solat (surau) kepada kepada beragama Islam di padang latihan mereka, kini mereka terpaksa menghadapi satu lagi masalah kerana pemain beragama Islam dia kelab (Demba Ba, Papiss Cisse, Cheick Tiote dan Hatem Ben Arfa) enggan memakai jersi baru kelab yang memaparkan logo Wonga.

Hal seperti ini pernah berlaku kepada pemain beragama Islam lain, Frederic Kanoute yang enggan mengenakan jersi kelabnya, Sevilla. Ini kerana Sevilla mengenakan jersi yang ditaja syarikat perjudian, 888.com dan sekaligus menyaksikan Kanoute mengenakan jersi tanpa penaja dalam setiap perlawanan. Namun begitu, mahu tidak mahu, dia hanya mengenakan jersi latihan sahaja kerana ia tidak dipamerkan kepada umum.
KANOUTE... mengenakan jersi tanpa penaja walaupun pada asalnya terpaksa mengenakan logo 888.com di dadanya. Foto: Zimbio.
Jadi, mungkinkah Magpies akan membenarkan empat pemainnya untuk tidak mengenakan jersi yang memaparkan logo Wonga atau terpaksa mengetepikan keempat-empat pemain kunci utama pasukan Alan Pardew. Segalanya bakal terjawab minggu hadapan apabila Newcastle turun menentang Sunderland di Stadium of Light.

Sumber: Daily Mail.