SAMBUTAN EPIK UNDANG KEKELIRUAN PENGADIL!



Sambutan jaringan gol yang menghiburkan dianggap provokasi oleh pengadil. Natijahnya, penjaring gol kemenangan, Dubier Riascos dilayangkan kad merah. Namun, dek kerana sikap toleransi pengadil, layangan kad merah segera digantikan dengan kad kuning. Wajarkah Riascos dilayangkan kad merah kerana insiden itu?

Cuba anda saksikan bagaimana insiden itu berlaku. Tiada sambutan ke arah penonton hanya sekadar singgah ke tepi penjuru gol. Adakah itu menjadi kesalah buat pemain? Apa-apapun, satu sambutan jaringan menarik dari trio Tijuana (Riascos, Fidel Martinez dan Alfredo Moreno).