DIKASARI ATAU DIVING... Insiden kontroversi perlawanan antara Liverpool dan Stoke City. Foto: Telegraph. |
Isu diving kini menjadi isu paling hangat diperkatakan di Liga Perdana Inggeris (LPI). Minggu lalu, perlawanan membabitkan Liverpool dan Stoke City di Anfield menjadi tumpuan. Bukan kerana kerancakan perlawanannya tetapi isu panas antara pengendali Potters, Tony Pulis dan penyerang The Reds, Luis Suarez.
Lihat Video di bawah ini dahulu:-
Apa komen anda mengenainya? Adakah Suarez benar-benar dikasari atau sengaja berlakon bagi mendapatkan sepakan penalti? Insiden inilah sebenarnya yang benar-benar mencetuskan kemarahan Pulis. Pengurus Stoke itu melabel Suarez sebagai 'memalukan' dan mahu Suarez digantung perlawanan kerana tindakannya itu.
Di pihak sebelah, Brendan Rodgers mempertahankan anak buahnya dengan melabel Suarez sebagai mangsa keadaan dan diberikan layanan yang 'salah dan tidak adil'. Lakonan dalam bola sepak telah lama dipraktikan oleh beberapa pemain. Ada juga satu pasukan itu yang pandai berlakon bagi mendapatkan sepakan percuma mahupun penalti. Namun, ada batasannya kerana ia akan merosakkan keindahan bola sepak itu sendiri.
Bagaimanapun, insiden Suarez-Pulis ini menarik minat animator Taiwan untuk menghasilkan video khas buat mereka yang terbabit. Ayuh saksikan video di bawah ini dan komen jika anda rasakan siapa yang benar, siapa yang salah.
WC
Social Plugin