JOM IKUTI TRIP SEKOLAH MESSI PADA 1999

HEBAT... Messi tidak terlepas menjalani kehidupan biasa seperti kanak-kanak lain. Foto: skysports.
Sebelum ini, stesen televisyen di Argentina jarang menyiarkan mengenai kehidupan bintang bola sepak Barcelona, Lionel Messi. Namun footage mengenai rombongan akhir tahun sekolah Messi disiarkan baru-baru ini iaitu pada 1999,  ketika bintang itu berusia 12 tahun. 

Messi menyertai rakan-rakan sekolahnya yang pada ketika itu gred tujuh bercuti ke Villa Carlos Paz. Ia merupakan tradisi sekolah mereka. Footage itu menyiarkan bagaimana Messi bermain go kart dan diakhirnya pastilah bola sepak menjadi agenda penting dalam percutian mereka. Jarang disaksikan kehidupannya tapi itu dia pemegang rekod penjaring terbanyak semusim 91 gol Lionel Messi.