AKADEMI 'OSCAR' BOLA SEPAK BARCA!

Seperti biasa, adalah menjadi sesuatu yang klise apabila menonton pertembungan el clasico yang disulami aksi lakonan bintang kedua-dua pasukan sebagai cubaan mempengaruhi pengadil bagi menghadiahkan kad kepada pemain lawan.

Kita semua sedia maklum bahawa bintang Barcelona adalah pasukan paling kerap dijatuhkan dan menjatuhkan diri bagi mendapatkan sepakan percuma. Nama seperti Sergio Busquets adalah tidak asing lagi dalam arena diving ini.

Oleh itu, tidak hairanlah muncul seorang lagi pakar lakonan dalam pasukan Catalan ini. Bintang antarabangsa Sepanyol ini baru sahaja menyertai Barcelona musim panas lalu dan kini berjaya mengadaptasi corak 'lakonan' Barca! Itulah dia Jordi Alba!