GOL CANTIK YANG MENCETUSKAN KEMARAHAN PENJAGA GOL LAWAN

Pertembungan musuh seteru, Mexico dan Amerika Syarikat di peringkat Bawah 20 Tahun Ahad lalu mencatatkan insiden mengejutkan. Dalam kejohanan CONCACAF Bawah 20 Tahun itu, pemain tengah Mexico dan Pachuca, Julio Gomez menjaringkan gol akrobatik menarik bagi meletakkan Mexico di depan selepas masa sebenar perlawanan terikat 1-1. 


Ini bukanlah kali pertama Julio Gomez menjaringkan gol sedemikian kerana dia pernah melakukan perkara yang sama ketika menentang Jerman dalam Piala Dunia Bawah 17 tahun lalu. 


Disini, Putbolanews bukanlah hendak menekankan jaringan terbabit tetapi mahu anda melihat bagaimana reaksi penjaga gol Amerika Syarikat, Cody Cropper selepas gol cantik berkenaan dijaringkan.


Foto: minus