| TURNING POINT... penyingkiran Nani menjadi punca United tersingkira dari Liga Juara Juara Eropah. Foto: Mail |
Apabila berlakunya insiden seperti ini, pastinya akan diperkatakan sepanjang tahun! Selepas Manchester United mendahuui Real Madrid secara agregate, 2-1 hasil jaringan sendiri Sergio Ramos, United dilihat menguasai bola hampir seluruh perlawanan.
Namun, pada minit ke-56, pengadil Turki, Ceneyt Cakir melayangkan kad merah kepada Nani kerana terjahanan tinggi kakinya ke atas Alvaro Arbeloa. Tindakan itu mencetuskan kemarahan pengurus United, Sir Alex Ferguson dan pembantunya, Mike Phelan.
Natijahnya, tiga minit selepas Nani ditunjukkan jalan keluar, Luka Modric menjaringkan gol penyamaan Real sebelum Ronaldo mematikan peluang United menerusi gol kedua pasukan, 13 minit selepas Nani disingkirkan.
Bagi anda yang menyaksikan perlawanan terbabit, apa komen anda? Wajar atau kesilapan Cakir? Bagaimana pula dengan aksi Nigel De Jong ke atas Xabi Alonso dalam perlawanan akhir Piala Dunia FIFA?
Social Plugin