REAKSI KAD MERAH NANI: ALBERT MORGAN MANGSA FERGIE?

AKRAB... hubungan rapat Fergie dan Morgan dalam membina kejayaan di Old Trafford. Foto: Telegraph
Kitman paling popular di dunia yang juga staf di Manchester United, Albert Morgan sebelum ini menjadi tumpuan selepas dia terbabit dalam penghasilan iklan Nike. Morgan adalah salah seorang pengikut setia Sir Alex Ferguson sejak 1996 dan dia sering dilihat sering bersama staf kejurulatihan di bangku simpanan United.

Namun, kelmarin mungkin bukanlah hari terbaik untuknya. Perasankah anda akan Morgan ditolak Fergie ketika pengurus berbangsa Scotland itu mahu turun ke tepi padang akibat insiden kad merah Nani? Morgan dilihat memberikan aksi kurang senang dengan tindakan bosnya itu. Salah tempat dan tidak kena pada masanya Morgan, namun teruskan berbakti bersama United!


Video di bawah ini menunjukkan bagaimana Morgan terbabit dalam iklan komersial Nike suatu ketika dahulu.