Imej di atas merupakan muka depan isu The Red yang akan dijual menjelang pertemuan suku akhir Piala FA antara Chelsea dan Manchester United di Old Traffod hari ini.
Seperti yang diramalkan, Sir Alex Ferguson mengetepikan Wayne Rooney daam kesebebelasan utama kelab menentang Real Madrid minggu ini dimana menjadi topik perbualan hangat akhbar sukan sejak United tersingkir.
Pada Oktober 2010, Rooney mengumumkan untuk meninggalkan Old Trafford sebelum dia menandatangani kontrak baru dua hari kemudian. Katanya pada ketika itu, "Bagi saya ia (berlaku) kerana mahu memenangi semua trofi - seperti yang kelab lakukan dibawah Sir Alex. Kerana saya fikir persoalan yang saya timbulkan mengenainya adalah wajar."
Adalah menarik untuk menyaksikan bagaimana sambutan yang diberikan penyokong United kepada Wayne Rooney hari ini dengan Sir Alex menafikan sebarang khabar angin mengenai perpindahan Rooney keluar dari Old Trafford pada Jumaat lalu.
Foto: pbs

Social Plugin