PENANTIAN 51 TAHUN BERAKHIR, CARDIFF CITY KE LIGA PERDANA INGGERIS!


Penantian berakhir! Itulah yang dapat digambarkan kepada kelab berpangkalan di Wales, Cardiff City selepas kelab yang dinaungi jutawan Malaysia, Vincent Tan itu mengesahkan tempat ke Liga Perdana Inggeris musim 2013-14 apabila mencatat keputusan seri menentang Charlton Athletic semalam. 


Dengan berbaki 3 perlawanan, Cardiff berjaya mencatat jurang kepada 13 mata dengan kelab ketiga sekaligus menamatkan penantian 51 tahun kelab untuk kembali ke kejohanan tertinggi di England itu. Tahniah Cardiff dan usaha yang baik Vincent Tan!

TERIMA KASIH... bendera Malaysia (di belakang pemain) turut dikibarkan bersama. 
VINCENT TAN... meraikan kejayaan pasukannya bersama penyokong.