Manchester United menerima tamparan hebat dalam usaha mengembalikan rentak kemenangan pada era David Moyes apabila pemain tengah, Marouane Fellaini dilapor terpaksa diketepikan bagi tempoh beberapa minggu kerana kecederaan.
Pemain berambut 'afro' ini mendapat kecederaan ketika perlawanan Liga Juara Juara Eropah menentang Shakhtar Donetsk minggu lalu dan dilaporkan bakal menjalani pembedahan dan besar kemungkinan akan diketepikan sehingga bulan Disember.
Susulan itu, United telah mengumumkan berita malang yang menimpa Fellaini menerusi akaun Facebook rasmi kelab. Namun kesilapan melabel Fellaini sebagai seorang 'penyerang' telah mengundang komen negatif dari penyokong United.
Namun... Inilah reaksi yang diterima Fellaini. Rata-rata mereka tidak mahu pemain itu kembali beraksi buat pasukan...Kenalilah pemain anda... Atau inilah padahnya...
Sumber: Ronaldo Assis de Moreira
Social Plugin