Adalah sesuatu yang agak mengecewakan apabila salah satu calon gol terbaik sepanjang zaman. Ini berlaku dari tindakan silap pengadil dalam perlawanan Europa League membabitkan kelab Perancis, Olympique Lyon dan Real Betis.
Pemain tengah Lyon, Yoann Gourcuff yang tidak dicabar mana-mana pemain melakukan cubaan terus dari garisan tengah gol tepat menewaskan penjaga gol Betis sebelum menerjah gawang.
Namun, pengadil membatalkan gol terbabit kerana mendakwa penyerang Lyon, Bafetimbi Gomis telah terlebih dahulu didakwa melakukan kesalahan dalam perebutan bola di udara.
Amat menyedihkan namun kata pegawai bola sepak, kita hormat keputusan pengadil. Klise bukan?
Foto: Whoateallthepies
Social Plugin