Eto'o mahu sertai Gunners?


Ini pastinya menjadi bacaan menarik buat Arsene Wenger, mungkin mampu juga memotivasikan pasukannya.

Akhbar Mirror semalam melaporkan bekas penyerang Chelsea, Samuel Eto'o yang dilepaskan kelab Barat London itu, tetapi kini penyerang antarabangsa Cameroon itu dilaporkan mahu menyertai musuh setempat, Arsenal, bagi membuktikan Jose Mourinho salah mengenainya.

Mungkinkah Wenger akan membawa masuk Eto'o ke Stadium Emirates?

Tiada masalah mengenai kewangan kerana dia kini ejen bebas dan hanya perlu menyelesaikan hal berkaitan gaji sahaja. Eto'o ke Arsenal?