Kenali 'The Spiderman' Guillermo Ochoa


Dilabel wira Mexico apabila mempamerkan aksi menakjubkan menentang tuan rumah, Brazil dalam aksi Kumpulan A Piala Dunia FIFA awal pagi tadi di Fortaleza. Tetapi... siapakah Ochoa? Di sini enam perkara menarik yang anda perlu tahu mengenai penjaga gol Mexico ini.

Tamat Kontrak Akhir Jun Ini

Percaya atau tidak, penjaga gol berusia 28 tahun ini TIDAK ditawarkan kontrak baru oleh kelabnya, Ac Ajaccio.

Selepas melakukan lebih 100 penampilan di Ligue 1, Ochoa akan menjadi ejen bebas akhir bulan ini.  Aksinya awal pagi tadi pastinya akan memberikan lebih pilihan kelab untuknya musim depan.


Beliau dikaitkan dengan dengan banyak kelab sekitar Eropah namun dilaporkan mahu kekal di Perancis.

Tetapi, kelab besar seperti Arsenal dan Manchester City sedang memburu penjaga gol baru, sudah tentu Ochoa mampu mengisi ruang buat kelab Inggeris tersebut.

Meninggalkan Mexico Selepas Isu Dadah

Sebelum menyertai Ajaccio pada 2011, Ochoa dan lima pemain Mexico menjadi tumpuan hangat berhubung isu dadah.

Dia didapati positif clenbuterol semasa kejohanan Piala Emas dan kemudian digantung untuk baki perlawanan sepanjang kejohanan.

Bagaimanapun, semua pemain dibebaskan oleh Federasi Bola Sepak Mexico dimana badan induk bola sepak negara itu menjelaskan mereka mengalami keracunan makanan.

Dikaitkan Dengan Liverpool Pada Mac 2013

Setahun lalu, penjaga gol kebangsaan Mexico ini menafikan laporan mengaitkannya dengan Liverpool dan menyatakan dia gembira di Ajaccio.

The Reds kemudiannya beralih kepada penjaga gol Belgium, Simon Mignolet musim panas lalu ketika Ochoa mungkin pembelian yang lebih murah.

Dan... Perlukah Brendan Rodgers mendapatkan Ochoa bagi memberikan lebih saingan kepada Mignolet?

Piala Dunia Ketiga

Ochoa disenaraikan pada skuad Mexico untuk dua kejohanan Piala Dunia terdahulu (2006 dan 2010), namun gagal tampil dalam sebarang perlawanan.
Dalam kejohanan tersebut, dua stopper Oscar Perez dan Oswaldo Sanchez menjadi pilihan utama berbanding penjaga gol berusia 28 tahun itu.

Untuk edisi kali ini, Ochoa berjaya mendapatkan jersi nombor satu Mexico dan dilihat semakin mengukuhkan tempat dalam pasukan kebangsaan.

Pertambahan Mengejut Pengikut Twitter Selepas Aksi Seri Dengan Brazil

Tidak dapat dipastikan berapa jumlah sebenar pengikut akaun Twitter Ochoa namun angka semasa menunjukkan pertambahan menakjubkan.
Selepas perlawanan, pengikut Ochoa bertambah sekitar 927,000. Status seorang lagenda!

Ochoa Tidak Mempunyai Enam Jari

Selepas aksi menakjubkan di Fortaleza awal pagi tadi, banyak imej disebarkan di laman Twitter yang mendakwa penjaga gol Ajaccio itu mempunyai enam jari di tangan kanannya.
Katanya, kelebihan tersebut membantu Ochoa menampilkan aksi hebat menentang Brazil tetapi hakikatnya penjag gol ini tidak mempunyai enam jari