Senarai pendek 10 calon untuk merebut trofi Pemain Terbaik Eropah kini dipendekkan kepad tiga dengan duo Bayern Munich, Manuel Neuer dan Arjen Robben berada dalam senarai bersama-sama pemenang anugerah Ballon d'Or, Cristiano Ronaldo dari Real Madrid.
Tujuh pemain lain yang disenarai pendek oleh UEFA Julai lalu termasuk Angel Di Maria, Diego Costa, Luis Suarez, Lionel Messi, Philipp Lahm, James Rodriguez dan Thomas Muller.
Ronaldo musim lalu berjaya membawa kelabnya menjuarai Liga Juara Juara Eropah manakala duo Bayern itu menang kejuaraan Bundeliga dan trofi DFB-Pokal selain Neuer yang menjadi juara dunia bersama Jerman. Siapa pemain terbaik Eropah?
Foto: FC Bayern English, Marca
Social Plugin