Spurs ikat 'Umit Davala' versi Amerika

 

Ahli skuad Piala Dunia Amerika Syarikat (AS) yang melakukan tiga penampilan di Brazil, DeAndre Yedlin diikat Tottenham Hotspurs dengan kontrak selama 4 tahun.


Pertahanan kanan berusia 21 tahun itu akan kekal di kelabnya, Seattle Sounders sehingga akhir musim ini dan hanya akan menyertai Spurs musim panas musim hadapan.


Pemain kelahiran Seattle itu merupakan antara pemain utama Sounders di MLS musim lalu dan kehadirannya bakal memberikan saingan kepada pertahanan Spurs, Kyle Walker. Menariknya, pemain ini mempunyai pelbagai gaya potongan rambut 'horro' ala pemain Turki, U. Davala yang bakal menjadi penyeri Liga Perdana Inggeris (LPI).

Foto: Tottenham Hotspurs