Menurut media Sweden, Hristo Hristov menjadi viral di laman sosial sejak 2013 apabila dikatakan wajah wartawan Bulgaria itu seakan penyerang Paris Saint Germain (PSG), Zlatan Ibrahimovic.
Akhbar Sweden, Expressen berjaya merakan wajah Hristov minggu lalu dan menggambarkannya jelmaan Zlatan terutama daripada sut, cermin mata dan rambut yang digayakan wartawan terserbut.
Hristov memberitahu Expressen bahawa perbandingan antara mereka membuatkannya tersenyum.
Ketika ini Hristov bekerja di Washington dan juga untuk The Guardian.
"Saya seorang wartawan penyiasatan yang seirus dan tidak mahu memberikan ulasan mengenai apa yang difikirkan masyarakat di Sweden yang membandingkan saya dengan skipper pasukan kebangsaan mereka.
"Ini bukanlah kali pertama saya dibandingkan dengan seorang yang popular. Saya pernah dibandingkan dengan aktor, Johnny Depp dan perkara tersebut membuatkan saya tersenyum," katanya.
Foto: Guardian, Nieuwsblad
Social Plugin