 |
| ANDRE VILLAS-BOAS... The Special One II kembali ke Stamford Bridge. |
Roman Abramovich akhirnya berjaya mendapatkan Andre Villas-Boas sebagai pengurus The Blues yang baru. Sejak semalam, khabar Villas-Boas ke Chelsea menjadi topik hangat dan dia dikatakan bersetuju selepas FC Porto meletakkan syarat minimun melepaskan pengurus atau pemain dalam pasaran perpindahan.
 |
| SAMA... Tapi personaliti mereka sangat berbeza. |
 |
| THE BLUES... Kenangan Villas-Boas bersama staf kejurulatihan Chelsea. |
Andre-Villas Boas adalah individu yang tidak asing lagi di Chelsea apabila menetap di England bersama Jose Mourinho di Stamford Bridge. Mengikut beberapa sumber, individu yang bertanggungjawab membawa pengurus ini ke bahagian kejurulatihan adalah Sir Bobby Robson yang ketika itu melatih FC Porto. Special One II ini tinggal di blok yang sama dengan Sir Bobby dimana ibu bapa Villas-Boas meminta supaya dia diterima sebagai staf kejurulatihan pasukan.Menariknya, pada usia 17 tahun, dia telah menerima lesen kelas C dari UEFA.
 |
| MENTOR... Gaya Andre Villas-Boas dan Mourinho terdapat banyak persamaan terutama segi pakaian mereka. |
 |
| JUARA... Mencatat sejarah pengurus termuda menjuarai kejohanan di Eropah. |
 |
| TANGKAL... Villas-Boas sentiasa memakai 'tangkal' di lengannya dalam setiap perlawanan. |
Sejak dilantik menguruskan FC Porto, Villas-Boas mengekalkan rekod tanpa kalah pasukan sepanjang musim dan menghadiah pasukan sebagai juara Liga Sagres dan Piala Europa. Dia meletakkan diri sebagai pengurus termuda memenangi kejohanan Eropah.
 |
| PINDAH... Falcao dan Hulk mahu ikut Villas-Boas ke Stamford Bridge. |
Jika perpindahannya berjaya disempurnakan, dua pemain utamanya telahpun menyatakan kesediaannya ke Barat London iaitu pasangan serangan berbisa, Falcao dan Hulk. Ini adalah berita baik buat penyokong The Blues. Kini, Pengurus muda ini bakal tiba di Stamford Bridge dan Mr Abramovich perlu memberinya peluang bagi membuktikan potensi sebenar beliau kepada penyokong Chelsea.
Social Plugin