SECARA RASMINYA: ANDRE VILLAS-BOAS PENGURUS THE BLUES


Hari ini, bekas pengurus FC Porto, Andre Villas-Boas, 33 secara rasminya menandatangani kontrak tiga tahun bersama Chelsea Football Club. Menurut sumber, Villas-Boas tidak menjanjikan trofi Liga Juara Juara pada musim pertamanya tetapi akan membantu pasukan merampas kembali trofi Liga Perdana Inggeris.

SPECIAL ONE II... Andre Villas-Boas secara rasminya diumumkan sebagai pengurus baru The Blues.
RASMI... Andre Villas-Boas bersama Ryan Gourley menandatangani kontrak 3 tahun .
Berkuatkuasa serta-merta, Andre Villas-Boas kini menggalas jawatan yang menjadi teka-teki hampir sebulan dengan nama Guus Hiddink dan Pep Guardiola menjadi nama besar untuk jawatan ini sambil peluang anak didik Mourinho ini tipis. Namun, dek kerana kekalutan dalam FA Turki, Roman Abramovich beralih kepada Villas-Boas yang cukup berpengalaman di Stamford Bridge. Nantikan aksi dan reaksi pengurus ini.