ARSENAL LANCARKAN JERSI AWAY, TAPI...


JERSI AWAY... Arsenal mengeluarkan jersi istimewa sempena sambutan 125 tahun kelab.

Arsenal menyambut ulangtahun ke-125 kelab tahun ini dengan mengeluarkan jersi away terbaru berwarna biru turqoise dan hitam.Dengan logo dihiasi kalungan bunga, sudah tentunya pemilik dan penyokong The Gunner mengharapkan sekurang-kurangnya satu piala musim ini.

NASRI... tidak mengukir senyuman dalam sesi fotografi.
Namun, disebalik pelancaran jersi itu, terdapat retorik yang tersirat disebaliknya. Model jersi baru, Samir Nasri dilihat tidak mengukir sebarang senyuman ketika gambarnya diambil. Ini mencetuskan spekulasi bahawa pemain ini jelas tidak mahu kekal di Emirates dengan United menjadi sasaran utama. Namun, selepas berbelanja £50 juta untuk tiga pemain dan ianya mungkin bertambah sekiranya perbincangan mendapatkan Izaguirre dimuktamatkan.
HAMBAR... riak wajah Nasri mencermin ketidakgembiraannya di Arsenal.
Apa pun, ada satu lagi kelab Inggeris dilihat mampu membawa Nasri keluar dari Arsenal namun identiti kelab itu tidak didedahkan. Wenger dilihat berusaha mengekalkan Nasri namun peningkatan gaji yang diminta Nasri menjadi penghalang. Persoalannya, mampukah Arsenal mengembalikan senyuman di wajah Nasri?