| DE GEA... Menjalani ujian kesihatan di Hospital Bridgewater bagi melengkapkan perpindahannya. |
Penjaga gol berbakat Sepanyol, David De Gea hanya selangkah lagi sebelum menandatangani kontrak bersama Manchester United. Pembelian De Gea menggenapkan julah perbelanjaan perpindahan musim panas United kepada £50 juta selepas mendapatkan Phil Jones dan Ashley Young.
![]() |
| SOROK... Beberapa kakitangan United membentangkan kain bagi mengelakkan media mengesan kehadiran De Gea. |
De Gea baru sahaja memenangi trofi Kejohanan Eropah Bawah 21 mendatangkan kos sebanyak £17.8 juta kepada United dan dijangka menandatangani kontrak selama lima tahun sebagai pengganti Edwin van Der Sar yang bersara. Bekas penjaga gol Atletico Madrid ini baru tiba di Hospital Bridgewater untuk menjalani ujian kesihatan.
![]() |
| LARI... DE GEA pantas keluar dari kereta dan masuk ke dalam hospital mengikut pintu kecil. |
Kehadiran De Gea di Manchester sebenarnya menandakan persaingan kepada Pepe Reina bagi mengisi kedudukan penjaga gol kedua Sepanyol di belakang Iker Cassilas namun penjaga gol Liverpool memuji langkah De Gea berhijrah ke England. Reina turut menolak khabar angin bahawa dia akan meninggalkan Liverpool untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan De Gea di Atletico Madrid.
| REINA... Sokong langkah De Gea berpindah ke England. |
Namun, persoalannya, mampukah De Gea beraksi cemerlang sebagai pengganti van Der Sar kerana United banyak kisah badi penjaga gol selepas lagenda, Peter Schmeichel dan kini van Der Sar. Semoga De Gea berjaya mengatasi badi tersebut atau mungkin perlu memakai tangkal seperti AVB?


Social Plugin