UNITED BELI PEMAIN LAGI

IZAGUIRRE... Bakal menjadi anggota Red Devils namun ianya akan diselesaikan Julai ini.
Nampaknya, Manchester United terus berbelanja musim ini apabila dikhabarkan bakal memetrai perjanjian pembelian pertahanan kiri Celtic, Emilio Izaguirre. Pertahanan Honduras ini dikhabarkan bakal mendatangkan kos sekitar £6.5 juta. United sebelum ini berjaya mendapatkan dua pemain England, Phil Jones dan Ashley Young.
PEMAIN TERBAIK... Izaguirre menang empat anugerah pada musim pertama di Scotland.
Namun, beberapa media mengatakan United telahpun berjaya mendapatkan penjaga gol berbakat Sepanyol, David De Gea sekitar £18 juta namun pihak United belum membuat sebarang pengumuman rasmi. Izaguirre dalam pada itu membuat kenyataan secara terbuka bahawa Alex Ferguson telah menghubungi pengarah bola sepak Celtic bagi membawanya ke Old Trafford. Musim pertama cemerlang buat pemain Amerika Selatan ini apabila memenangi empat anugerah iaitu SPFA Players's Player of The Year, Clydesdale Bank SPL Player of the Year, Celtic Players’ Player of the Year dan Scottish Football Writers Player of the Year.


EVRA... Mungkinkah kehadiran Izaguirre penanda tamatnya kariernya di Old Trafford?
Perpindahan ini masih dalam perbincangan kedua-dua pasukan dan Izaguirre tidak menolak kemungkin akan berpindah ke Manchester atau kekal di Celtic. Namun, mampukah pertahanan Honduras ini menandingi kehebatan Patrice Evra atau mungkin Evra bakal meninggalkan United?